Monday 16 April 2012

Hello and Assalamualaikum semua :)


Hari ni tak banyak pun nak kongsi dengan korang, badan tak berapa sihat asyik pening kepala je sejak seminggu ni. Hmm pape pun exam dah hampir dekat wish me luck ya. InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar harini :)




P/S : Terima kasih kerana membaca note yang serba sederhana ni. okaay bye Assalamualaikum semua :)

Sunday 15 April 2012

Hello and Assalamualaikum semua :)

SI COMEL SAYA

OKAAY, cuma nak bagitahu yang saya rindukan bintang peliharaan saya yang comel comel ni. dah lama tak balik bila balik rumah semua bintang ni dah besar besar tau, lagi lagi Fluffy (rabbit) actually banyak lagi rabbit yang saya pelihara tapi yang ni laa yang saya paling sayang, asal saya tidur mesti nak menyelit dalam selimut saya ahaha sweet kan Fluffy ? okaay yang sugar glider ni pulak nama dia Fliffy (sugar glider) actually sugar glider ni kawan abah yang bagi memandangkan saya ni obses sangat dengan binatang kan so kawan abah pun bagila seekor dekat saya. hmm boleh tahan comel tapi agak nakal sedikit suka masuk dalam baju, suka main sorok sorok, yang paling geli hati time makan laju je keluar dari tempat dia sorok tau. oh yeahh yang anak kucing tu pulak nama dia Fiffy (anak kucing) ahaha comelkan ? hmm kucing ni mak long saya bagi anak kucing ni baru je 1 bulan dilahirkan agak manja dengan orang suka gesel dagu dia dekat kaki orang, kuat makan, tapi yang saya tabik kucing ni tak berak atau kencing merata tau. pandaikan ? kucing ni selalu bila nak berak dia masuk toilet. sangat comel kan kan ? tengok laa siapa yang jaga. hmm takpa cuti pun dah tak lama dah. sabar jelaa. OKAAAY rinduuuu gilaaa tak sabar nak balik ni haa :)

Sunday 8 April 2012

i love you more than you will ever know (lyric video)

Hello and Assalamualikum semua :)

ADA ORANG RINDU SAYA :)




I miss you too SHARIFAH MAIZURA :) 






lagu ni sangat best ahaha thank you MAIZURA comel :D
-I ALWAYS MISS YOU-

Saturday 7 April 2012

Achik Spin - Engkau Yang Ku Cinta (Lagu Baru) (HQ Audio)










OKAAY, korang semua pernah dengar tak lagu ni ? mesti pernah kan arwah achik spin siapa tak kenal dengan beliau lakonan atau lagu lagu beliau kan. hmm, kenapa dengan lagu ni ya ? ohh yeahh roomate aku ni suka sangat dengar lagu ni. mula mula aku macam tak suka dengan lagu ni last last bila dah tiap tiap hari and kerap pulak tu roomate aku pasang lagu ni lasty aku pun suka juga dengar lagu ni oi MIAHAHA :D bila korang hayati betul betul lagu ni rasa menusuk kalbu pun ada juga wey, lagi lagi bila teringat arwah achik spin yang pergi menghadap ALLAH SWT kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya. sedih kan ? pape pun kita semua berdoa agar roh arwah tenang bersama putri kesayangannya di sana. 
AL-FATIHAH 

ASSIGNMENT SURVEY





actually aku ada banyak cerita nak kongsi dekat blog ni tapi badan aku ni terasa letih gilaa ah bangun pagi pagi seawal pukul 5.00 pagi bersiap mandi, solat semua then group aku gerak pergi buat assignment survey untuk final exam. aishh memang letih sangat sangat laa, dah laa aku tak cukup rehat bertambah pulak dengan class full gilaa non stop weh. okaaay kitaorang konvoibuah kereta then pergi ngankut budak budak ni dengan sesat tak jumpa cari jalan, last last pukul 7.15 pagi juga kitaorang semua sampai. bila dah sampai tempat nak buat survey tu, lupa pulak nak sediakan hidangan untuk tetamu yang kitaorang nak temu ramah tu. yelaaa tak kan laa tak sediakan pape kut macam lain pulak kan rasa. hmm aku dengan falinna apa lagi memang kelam kabut gila cari gerai yang jual hidangan untuk sarapan pagi. last last jumpa juga, itupun hampir nak habis then kitaorang beli jelaa apa yang ada even tak banyak sikit pun jadi laa kan. after that dalam pukul 8.10 pagi kitaorang start interview orang untuk assignment survey, cerita punya cerita dah pukul 11.15 pagi, woot woot time tu tak payah cakap laa sarapan yang terhidang pagi tadi tu baru kitaorang semua jamah memang berebut juga laa dorang semua kan. and then dah settel semua kemas kemas kitaorang behenti makan dekat gerai tepi jalan sebab memnag lapar gilaa la dah macam orang pukul drum pulak tu haa. bila dah kenyang orang pergi lepak dekat perpustakaan negara cari apa yang patut nak tambah dalam assignment survey ni haa. hampir 2 jam juga laa kitaorang semua dekat sana dalam pukul 4.16 petang baru kitaorang gerak balik. OKAAAYY cukup laa untuk aku merepek and sorry agak kelam kabut sikit sebab fikiran aku blind gilaa. lasty BYEEEE good night semua :) :)



P/S : to all members of my group, thank you for your cooperation all. without a spirit of cooperation we all do not be completed as best as possible. Our task now Alhamdulillah pronounced 's done just waiting for the completion of information only. thank you very much all :D

Friday 6 April 2012

Hello and Assalamualikum semua :)


ACUM ACUM ACUM ALAHAiiii 


alahai, dah dekat seminggu aku selsema still tak elok elok lagi. nak study pun macam nak tanak je D; aishh rasa nak tercabut juga hidung ni haa, asal kemas tempat yang berhabuk mula laa bersin tak henti henti wey. ahh penat dah tukar tukar tisu tak cukup dengan tisu aku pakai sapu tangan and still tak cukup, tisu aku beli dah habis satu kotak dah tu haa. bila laa nak okaay wahai hidung oii dah tak larat duk acum acum sana sini, kesian pulak nengok roomate aku yang tak pasal pasal kang dapat pulak virus selsema aku ni haa. hmm roomate aku kata aku maybe ada resdung sebab tu aku alah dengan habuk bagai, baru buat keje sikit dah acum acum acum ishhh tak sanggup aku wey. 




P/S :  wa takda mood laa nak update blog dengan keadaan wa yang tak sihat ni okaay sorry bye !








Wednesday 4 April 2012

Memories will not be forgotten ;')

HELLO 5 AMANAH   :)


PUAN SHARLINA MARIS

  okay first sekali aku nak memperkenalkan GURU TINGKATAN 5 AMANAH. iaitu Puan Sharlina Maris, beliau juga merupakan english teacher 5 AMANAH. seorang yang tegas dan sangat SPORTING orangnya. selalu berkongsi cerita dengan aku 'n' the geng sampaikan tamat class BI beliau HAHAHA :) OKAAAAY time class dia tamat semua tepuk tangan HAHAHA :D *sebabnya tak payah laa aku eh eh* even kadang kadang beliau ni garang dengan kitaorang semua beliau tetap teacher yang best. yang aku tak boleh lupa beliau pernah cerita tentang pengalaman beliau belajar dulu dulu. aku kagum sangat dengan beliau lebih lebih lagi loghat beliau speaking english fuhh memang aku rasa tengah bercakap dengan orang luar negara yang tulin gituuu haa. okay aku rinduu nak dengar beliau membebel, rindu nak dengar cerita beliau dengan loghat speaking LONDON tu. aishhh banyak laa memori pahit manis aku dengan mummy ina ni. lasty aku ucapkan terima kasih banyak banyak sebab mengajar aku dari form4 lagi. semoga teacher dalam keadaan sihat sentiasa, semoga menjadi guru yang lebih cemerlang.
we all will always miss the teachers at SMK TAMAN JASMIN 2 :)
-I MISS YOU MUMMY INA-


EPUL

OKAAAY, aku nak introduce dekat korang KETUA TINGKATAN class 5 AMANAH. 
anak kamsani ni seorang yang aktif dalam segala bende dekat sekolah, mamat ni juga banyak kali wakil sekolah dalam bola sepak, seorang yang agak gila gila, tak pernah serious dalam class, suka kacau orang and pernah merasa makan tapak kasut aku yang bersaiz 6 tu haa. HAHA :) hebat tak aku ? pape pun kau tetap ketua tingkatan yang the best laa weh 
-FRIENDSHIP FOREVER-
          
NICK

hmm okaay yang ni pulak PENOLONG KETUA TINGKATAN.  seorang yang sempoi and seorang yang sangat SERIOUS orangnya, actually first time aku kenal kau aku ingat kau ni pendiam laa sangat fuhh bila dah kenal kau betul betul memang perut aku ni macam nak pecah asyik gelak je 24 jam. dari form4 duduk sebelah aku, susah senang, nangis ketawa semua dengan kau weh. even first time kau kenal aku kau cakap aku ni sombong gila babeng tapi aku tak yang kau sangka. kau tegur je comfirm aku hai hai balik HAHAHA :) aishhh aku rindu gila dekat kau weh. teringat masa balik sekolah selalu lepak rumah kau bila petang kau hantar aku depan sekolah tunggu bas, hampir kerap juga laa kita lepak and naik moto keliling taman kajang prima. hmm rinduuu sangat sangat time tu /:
-I LOVE YOU NICK-


PUVANESWARY

okay. I miss you so much babe.
I know you from the form 4 AMANAH
seorang yang sangat FRIENDLY
-I LOVE YOU PUVANES-


 NADIAH

okay. This girl is my close friend in class and seorang yang GARANG  
even kau garang macam mana pun aku tetap sayang kau weh.
-I LOVE YOU JOSEP-


INTAN FARAHIN

OKAAAY. teringat kat kau yang suka buat lawak bodoh
selama kita berkawan kau sentiasa buat aku gelak lebih lebih lagi time sawan latah kau tu datang
-I LOVE YOU INTAN-


SHARON KOW

OKAAY aku nak kenalkan budak cina yang cute ni haa, dekat sekolah sharon ni memang famous. hmm ada je laa chinese boy yang minat dekat dia bersidai depan class 5 AMANAH sampaikan bila cikgu salina   datang bawak rotan baru laa semua terhegeh hegeh lari balik class masing masing macam ngeks je kan HAHAHA :) actully cikgu salina tu cikgu displin sesi pagi woot garang gilaa babeng ah.
oh yeahh, now this girl has become a very beautiful model. I missed you babe, I love to learn Chinese language from you again. I hope you succeed in modeling :) 
-I LOVE YOU SHARON-

left : WONG SU ENG
right : YONG QII

dorang ni comelkan ? siapa tak kenal dorang berdua ni, top pom pom girls sekolah jasmin kan. hmm okay yang berkaca mata tu agak caring suka sangat senyum ada problem pun still senyum panjang lebar. okay I miss you Su Eng :)
saya nak memperkenalkan pulak sorang amoi yang pendiam ni. dalam diam amoi ni pandai menari woot, tengok dia pemalu tapi bila menari siapa tengok mata mesti tak berkelip. okaay I also miss you babe, even you malu nak tegur I dalam class, I tetap suka kawan dengan you teringat form3 you pernah duduk sebelah I. Okaay yang itu I akan abadikan sebagai kenangan eh leng lui :)
-I LOVE YOU SU ENG-
-I LOVE YOU YONG QII-